Wednesday 31 October 2012

Refleksi Minggu Kelapan Di dalam Kelas Komputer Dalam Pendidikan

                        ASSALAMUALAIKUM 
                             dan 
                   SALAM SEJAHTERA 


Berjumpa kita lagi dalam coretan saya yang seterusnya untuk minggu kelapan di dalam kelas komputer .  Untuk minggu kelapan, terdapat banyak cerita yang ingin saya kongsikan bersama.  Bagi minggu kelapan juga boleh dikatakan ramai pelajar tidak hadir ke kelas komputer pada petang itu, hal ini demikian  kerana, ramai pelajar pulang ke kampung untuk beraya semperna menyambut raya haji, yang menyebab ramai tidak dapat hadir pada petang itu kerana kebanyakan pelajar masih terperangkap didalam kesesakan lalu lintas untuk sampai ke Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pelajaran untuk kelas komputer dalam pendidikan pada petang itu masih lagi berkaitan dengan soalan survey yang kami lakukan untuk minggu ketujuh dan keenam.  Bagi minggu kelapan, Soalan survey yang telah saya masukan kedalam facebook pada minggu ketujuh sudah dapat dilihat responnya untuk minggu kelapan. Bagi melihat respon orang lain terhadap soalan survey yang kita punya, kita boleh memasuki akaun survey yang kita punya dan pergi ke collect responses dan klip disitu, secara automatik kita dapat melihat berapa orang telah menjawab soalan survey kita.






Selepas keputusan survey melalui facebook dan edaran soalan survey kepada individu sudah dapat keputusannya. Cik Mazalah menyuruh kami mengisi segala keputusan yang kami dapat kedalam aplikasi pakej statistik untuk sains sosial (SPSS).Tujuan memasukan semula data dan keputusan yang kami dapat melalui survey kedalam SPPS adalah bertujuan untuk menganalisi data yang kami perolehi daripada survey tersebut.Untuk mengisi segala data berkaitan dengan survey tersebut terlebih dahulu kami perlu mendapatkan sofware SPSS.  


No comments:

Post a Comment