Wednesday 31 October 2012

Refleksi Minggu Kelapan Di dalam Kelas Komputer Dalam Pendidikan

                        ASSALAMUALAIKUM 
                             dan 
                   SALAM SEJAHTERA 


Berjumpa kita lagi dalam coretan saya yang seterusnya untuk minggu kelapan di dalam kelas komputer .  Untuk minggu kelapan, terdapat banyak cerita yang ingin saya kongsikan bersama.  Bagi minggu kelapan juga boleh dikatakan ramai pelajar tidak hadir ke kelas komputer pada petang itu, hal ini demikian  kerana, ramai pelajar pulang ke kampung untuk beraya semperna menyambut raya haji, yang menyebab ramai tidak dapat hadir pada petang itu kerana kebanyakan pelajar masih terperangkap didalam kesesakan lalu lintas untuk sampai ke Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pelajaran untuk kelas komputer dalam pendidikan pada petang itu masih lagi berkaitan dengan soalan survey yang kami lakukan untuk minggu ketujuh dan keenam.  Bagi minggu kelapan, Soalan survey yang telah saya masukan kedalam facebook pada minggu ketujuh sudah dapat dilihat responnya untuk minggu kelapan. Bagi melihat respon orang lain terhadap soalan survey yang kita punya, kita boleh memasuki akaun survey yang kita punya dan pergi ke collect responses dan klip disitu, secara automatik kita dapat melihat berapa orang telah menjawab soalan survey kita.






Selepas keputusan survey melalui facebook dan edaran soalan survey kepada individu sudah dapat keputusannya. Cik Mazalah menyuruh kami mengisi segala keputusan yang kami dapat kedalam aplikasi pakej statistik untuk sains sosial (SPSS).Tujuan memasukan semula data dan keputusan yang kami dapat melalui survey kedalam SPPS adalah bertujuan untuk menganalisi data yang kami perolehi daripada survey tersebut.Untuk mengisi segala data berkaitan dengan survey tersebut terlebih dahulu kami perlu mendapatkan sofware SPSS.  


Monday 29 October 2012

Refleksi Minggu ketujuh Kelas komputer dalam Pendidikan

  

                       ASSALAMUALAIKUM                              

                                                  dan

                                SALAM SEJAHTERA


Tugasan untuk minggu ketujuh didalam kelas komputer masih lagi kesinambungan cerita minggu keenam iaitu berkaitan topik perisian sumber terbuka atau open source software.Untuk minggu keenam saya telah menyiapkan satu tugasan berkaitan dengan topik perisian sumber terbuka ,iaitu dimana saya telah membuat soalan untuk survey menggunakan surveymonkey.

Soalan survey yang saya siapkan untuk minggu keenam telah saya postkan kedalam facebook dan facebook group untuk dijawab oleh rakan-rakan facebook  .Setelah tugasan minggu keenam selesai dan fikiran yang serabut mula tenang tampa dijangka untuk minggu ketujuh keserabutkan itu kembali melanda diri saya, apabila Cik Mazalah menyuruh kami menyiapkan tugasan untuk minggu ketujuh .Tugasan untuk minggu ketujuh masih lagi dengan topik yang sama iaitu berkaitan perisian sumber terbuka, cuma untuk minggu ketujuh saya perlu membuat soalan untuk survey dengan menggunakan google doct.





Bagi tugasan minggu ketujuh,langkah pertama untuk membuat soalan survey dengan menggunakan goole doct merupakan satu benda yang sukar bagi diri saya,Namun diatas ajaran dan bantuan Cik Mazalah akhirnya saya dapat membuat soalan survey dengan menggunakan goolge doct.Rupa-rupanya untuk membuat soalan survey dengan menggunakan goolge doct adalah amat mudah,cuma yang menyebabkan saya terasa payah kerana tidak tahu cara-caranya.


Cara-cara untuk membuat soalan survey dengan menggunakan google doct:

1. Pertama sekali kita perlu masuk kedalam goolge doct.

    

2. selepas tu kita perlu create kepada form

3.selepas masuk kedalam form,akan keluar satu page untuk kita taip survey, kita perlu taip  tajuk apa untuk survey di ruangan untitled from.



   

4.Selepas taip tajuk untuk survey,kita perlu taip soalan untuk survey di ruangan sample question

5.selepas siap tulis soalan kita perlu tulis jawapan di ruangan question type

6.selepas siap tulis jawapan kita boleh tekan done

7.selepas itu jika kita hendak buat soalan lain kita boleh tekan di add item dan tekan                
    paragrah text

Selepas mengikut langkah ini barulah saya dapat membuat soalan survey dengan menggunakan goolge doct.Bagi persediaan tugasan untuk minggu seterusnya Cik Mazalah menyuruh saya dan rakan-rakan print soalan survey yang kami taip dengan menggunakan goolge doct sebanyak sepuluh salinan dan memberi kepada sesiapa sahaja yang kami berminat untuk survey.Hanya itu  saja yang dapat saya kongsikan untuk minggu ketujuh didalam kelas pada petang itu.Sekian terima kasih.



Friday 19 October 2012

Refleksi Minggu Ke6 di Dalam Komputer Dalam Pendidikan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Syukur alhamdulillah diungkapkan ke hadrat Ilahi kerana limpah kurnia dan inayatNYA, saya masih lagi diberi peluang dan kesempatan untuk mengemas kini blog saya bagi minggu keenam ini dan berkongsi pengalaman di dalam kelas komputer.




Bagi minggu keenam di dalam kelas komputer, saya ingin berkongsi cerita tentang tugasan yang diberikan kepada saya.  Tugasan untuk minggu keenam didalam kelas komputer adalah berkaitan dengan topik perisian sumber terbuka(open source software).  Tugasan ini sepatut diselesaikan pada minggu kelima lagi.  Namun begitu, kebanyakan pelajar tidak dapat menyelesaikan tugasan tersebut pada minggu kelima atas masalah-masalah tertentu yang tidak dapat dielakkan.

Untuk menyiapkan tugasan minggu kelima yang diberikan, saya terlebih dahulu perlu mencari bahan bacaan berkaitan dengan topik yang saya perolehi iaitu perisian sumber terbuka, dan saya saya perlu membaca serta memahami dengan mendalam topik berkenaan.  Setelah saya membaca bahan bacaan yang berkaitan dengan topik yang saya perolehi melalui internet , barulah saya mengerti mengenai perisian sumber terbuka, kelebihan penggunaannya, bila perisian sumber terbuka dibentuk, dan contoh perisian sumber terbuka.  Kini, saya telah mengetahui bahawa aplikasi Mozilla Firefox adalah salah satu contoh perisian sumber terbuka.  Selama ini saya hanya tahu mengunakan Mozilla Firefox  untuk mencari maklumat apabila mengakses internet tanpa mengetahui bahawa Mozilla Firefox merupakan salah satu perisian sumber terbuka.  Selain daripada Mozilla Firefox, contoh lain perisian sumber terbuka juga ialah Apache,Linux,Joomla,7-zip,Mozilla Thunderbird dan pelbagai lagi.







              











Setelah saya membaca dan memahami maklumat tentang perisian sumber terbuka, saya perlu membuat satu laporan yang berkaitan dengan topik tersebut dan memasukannya kedalam yahoo group.Selain itu ,saya juga perlu berbincang mengenai topik tersebut bersama pasangan tugasan saya didalam facebook group untuk memahaminya dengan lebih lanjut dan mendalam.


Selain daripada melakukan tugasan untuk minggu kelima juga, Cik Mazalah turut memberi tugasan baru yang harus dilakukan untuk minggu keenam berkaitan dengan topik perisian sumber terbuka,iaitu dimana kami harus membuat sepuluh soalan yang berkaitan dengan tajuk tersebut dengan mengunakan perisian surveymonkey.Antara langkah yang diperlukan untuk membuat soalan dengan mengunakan surveymonkey:





1 .Mula-mula perlu sign in web www.surveymonkey.com.

2 .Selepas sign in akaun servey monkey.
3. kita perlu taip soalan berkaitan dengan tajuk yang dapat berserta pilihan jawapan.
4.selepas siap taip kita boleh hantar soalan survey melalui  pelbagai cara,antaranya
    facebook  dan email.

Pada petang itu, kelas Komputer dalam Pendidikan tamat pada jam 7.10 minit petang dan menghampiri waktu Maghrib. Saya sekali lagi terpaksa pulang ke kolej dengan hanya berjalan kaki, ekoran ketiadaan bas pada petang itu.  Perjalan pulang pada petang itu amat meletihkan dan menyebabkan badan saya menjadi lesu.  Bermula dari situ, barulah saya mengerti kata-kata yang diungkap oleh orang-orang tua zaman dahulu, "Bukan senang nak menjadi mudah, dan bukan payah hendak menjadi susah". Sepanjang dua jam di dalam kelas komputer, itulah pengalaman yang saya dapat kongsikan bersama anda sekalian.  Sekian, terima kasih.

Friday 12 October 2012

Rerleksi Minggu Ke5 Kelas Komputer Dalam Pendidikan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Berjumpa kita lagi dalam coretan saya yang seterusnya untuk minggu kelima di dalam kelas komputer .Untuk minggu kelima didalam kelas komputer saya masih lagi akan berkongsi cerita dan pengalaman saya sepanjang dua jam didalam kelas tersebut.


Untuk minggu kelima,terdapat banyak pengalaman yang ingin saya kongsikan bersama.Antara pengalaman yang ingin saya kongsikan ialah pengalaman pertama kali saya berjalan kaki  ke fakulti pendidikan.Ia merupakan satu pengalaman yang baru dan mencabar buat diri saya iaitu dimana saya terpaksa berjalan dari  Kolej Rahim Kajai ke Fakulti Pendidikan untuk menghadiri kelas komputer yang diadakan pada petang tersebut.Perjalanan itu mengambil masa lebih kurang tiga puluh minit.Punca yang menyebabkan saya terpaksa berjalan kaki pada petang itu adalah kerana ketiadaan bas .Itulah kali pertama saya berjalan kaki untuk pergi ke fakulti dan merupakan sesuatu yang memenatkan.Tetapi apabila dikenang kembali ia membuatkan saya tersenyum bersendirian.Pada petang itu, saya sampai ke fakulti lewat sedikit dari kebiasaannya iaitu lebih kurang pukul 5.15 petang dalam keadaan berpeluh dan kehausan.

Tugasan yang perlu dibuat pada petang itu didalam kelas komputer adalah masih lagi sama dengan minggu  sebelumnya iaitu kami masih lagi disuruh menyiapkan tugasan untuk minggu sebelumnya.Selain itu juga,tugasan bagi minggu kelima yang perlu kami lakukan juga adalah berkaitan dengan tugasan berpasangan .Bagi memudahkan urusan  tugasan berpasangan yang diberi kepada kami , Cik Mazalah telah mengajar kami bagaimana cara untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan tugasan yang diberi kepada kami supaya tugasan dapat diselesaikan dengan sempurna .Untuk memudah kami mencari maklumat yang berkaitan dengan tugasan, Cik Mazalah telah mengajar kami cara mencari maklumat dengan menggunakan mesin carian maklumat menggunakan internet.Hal ini mungkin merupakan perkara biasa bagi pelajar sudah mahir dengan penggunaan internet,tetapi bagi saya ini merupakan satu pengalaman yang baru bagi diri saya.kebiasaannya untuk mencari maklumat dengan menggunakan internet saya hanya tahu menggunakan google,tetapi pada petang itu Cik Mazalah telah memperkenalkan kepada saya yang buta ICT dengan mesin pencarian maklumat yang baru iaitu seperti google schoolar dan google book.Dengan mengunakan mesin pencarian maklumat yang baru, setiap maklumat lebih mudah dijumpai dan ini memudahkan saya dalam menyiapkan tugasan yang diberi.



Untuk minggu kelima didalam kelas komputer juga saya telah belajar bagaimana cara  untuk invite individu lain,Tujuan invite individu lain adalah membuat individu lain menyertai yahoogroup kepunyaan saya .Saya telah invite beberapa individu iaitu DR.Siti,Cik Mazalah,Muhamad Akmal, Syafiq dan Adil fakri.Untuk minggu kelima juga saya cuba menghantar tugasan yang saya lakukan pada minggu lepas iaitu berkaitan  dengan topik Learning Management System(CMS/LMS).Saya sangkakan tugasan saya yang berkaitan dengan topik CMS sudah selesai pada minggu sebelumnya, tetapi ternyata tidak juga selesai. Untuk menyelesaikan tugasan minggu keempat ternyata memeningkan kepala.,hal ini kerana saya tidak tahu bagaimana untuk menghantar tugasan ini menggunakan google doc.Tetapi Alhamdulillah selepas saya bertanya kepada kawan-kawan akhir tugasan itu dapat juga diselesaikan dan dihantar.

Setakat ini sahaja coretan yang saya dapat kongsikan bersama-sama bagi minggu kelima di dalam kelas komputer dalam pendidikan.sekian terima kasih.

Sunday 7 October 2012

Pengalaman Dan Tugasan Minggu Ke4 Kelas Komputer Dalam Pendidikan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Bersyukur kepada tuhan kerana  kerana dengan nikmat dan  rahmatNYA  kita semua masih diberi kesempatan untuk menumpang diatas bumi ciptaanNYA  dan masih lagi dapat menikmati rahmatNYA.Pejam celik,pejam celik ,rupanya- rupanya saya sudah berada di Universiti Kebangsaan Malaysia sudah genap satu bulan,betapa pantasnya masa berlalu.Seperti biasa cerita saya didalam blog untuk minggu keempat didalam kelas komputer  dalam pendidikan  masih lagi berkaitan dengan pengalaman dan tugasan didalam kelas tersebut.


Untuk minggu keempat ini,kumpulan kami iaitu kumpulan satu masih lagi bergabung dengan kumpulan dua.Kelas kami masih lagi di tempat yang sama untuk minggu keempat ini iaitu makmal komputer tiga.Bagi minggu keempat  didalam kelas komputer  tiada yang menarik untuk saya ceritakan ,hal ini kerana pada minggu keempat, pensyarah kami iaitu Cik Mazalah menyuruh kami menyiapkan tugasan bagi minggu pertama dan minggu kedua iaitu seperti menyiapkan signature, blog dan pelbagai lagi tugasan yang diberikan sepanjang minggu pertama dan kedua. Cik Mazalah menyuruh kumpulan kami berbuat hal demikian kerana ada diantara kami belum menyelesaikan tugasan yang diberikan dengan sempurna.kami mengucap ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Cik Mazalah kerana  dia dia sanggup pergi ke satu meja setiap pelajar yang mempunyai masalah dalam menyiap tugasan yang diberi.




Untuk minggu keempat ini ,saya menghadapi sedikit masalah dalam menyiapkan tugasan yang diberi pada minggu ketiga iaitu berkaitan Learning Management System(LMS/CMS) atau dalam bahasa melayu dipanggil Sistem Pengurusan Pembelajaran, masalah ini berpunca kerana saya tidak faham apa yang harus saya buat,tetapi Alhamdulillah dengan bantuan dan tunjuk ajar Cik Mazalah akhirnya  saya dapat menyiapkan juga tugasan yang diberikan.Bagi minggu keempat ini baru saya tahu apa itu definisi learning management system,siapa yang menggunakannya,dan kebaikanya.Selain itu,tugasan untuk minggu keempat juga,Cik Mazalah menyuruh kami mencari maklumat berkaitan dengan tugasan berpasangan yang diberikan minggu sebelum ini.Untuk tugasan berpasangan ini ,saya dengan rakan saya iaitu muhamad akmal telah mencari serba sedikit berkaitan dengan tajuk tugasan yang kami dapat iaitu berkaitan perisian sumber terbuka.Bagi minggu keempat, ini sahaja yang dapat saya kongsikan tentang pengalaman dan tugasan didalam kelas komputer.Sekian terima kasih.

Monday 1 October 2012

Tugasan Minggu Ke3 Komputer Dalam Pendidikan

Assalamualaikum..
Berjumpa kita lagi dalam lembaran saya yang seterusnya.Dalam lembaran ini saya ingin berkongsi lagi tentang pengalaman saya di dalam kelas komputer  dalam pendidikan bagi minggu ketiga.Kelas bagi minggu ketiga ini telah diadakan di makmal komputer tiga iaitu pada waktu petang,  hari isnin bermula pada pukul lima petang hingga lapan malam.Kumpulan yang terlibat bagi kelas komputer dalam pendidikan petang itu ialah kumpulan satu dan kumpulan dua,kedua-dua kumpulan ini telah digabungkan menjadi satu kelas.

Pada minggu ketiga,untuk permulaan kelas, pensyarah kami iaitu Cik Mazalah telah membuat penyemakkan semula terhadap apa yang telah kami belajar pada minggu pertama dan kedua.Setelah semakan tugasan terdahulu selesai, kami telah diberi beberapa tugasan baru oleh oleh Cik Mazalah.Tugasan untuk minggu ketiga ini amat rumit sikit bagi saya yang kurang berkemahiran dalam bidang komputer.Untuk tugasan minggu ketiga ini kami dikehendaki membuka akaun dropbox yang bertujuan untuk menyimpan maklumat.Bagi membuka akaun bropbox,terledih dahulu kita  perlulah memuat turun aplikasi dropbox dari laman web www.dropbox.com.Selepas memuat turun aplikasi dropbox kita hendaklah menginstall aplikasi ini bagi mendapatkan akaun bropbox.

Selain membuka akaun dropbox , tugasan lain bagi minggu ketiga juga, kami  dikehendaki membuat satu lagi tugasan iaitu tugasan berpasangan.Untuk melakukan tugasan berpasangan saya perlu mencari pasangan bagi melakukan tugasan ini dan saya telah berpasangan dengan kawan saya iaitu Muhamad Akmal Hakim Bin Yunus.Topik tugasan yang kami perlu lakukan untuk  minggu ketiga adalah berkaitan learning management system(CMS/LMS) atau dalam bahasa melayunya ialah pembelajaran pengurusan sistem.Untuk menyiapkan tugasan ini ia telah mengajar kami bagaimana untuk berkerjasama dan bersatu serta bertolak ansur antara satu sama lain.sekian terima kasih.