Wednesday 19 December 2012

Refleksi Minggu Ke14 Didalam Kelas Komputer Dalam Komputer

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Minggu ini merupakan minggu ke14 didalam kelas komputer. Minggu ini juga merupakan minggu terakhir bagi kelas komputer dalam pendidikan. Betapa cepatnya masa berlalu tanpa disedari untuk semesta ini sudah  sampai keakhir pengajian. Jika mula-mula dulu saya merasakan tempoh 14 minggu terlalu lama, namun kini baru saya sedar betapa singkat masa itu.

Untuk minggu ini, tugasan yang perlu dilakukan didalam kelas komputer dalam pendidikan adalah berkaitan dengan membuat jadual markah peperiksaan murid-murid dengan menggunakan Microsoft Office Excel. Dengan menggunakan Microsoft Office Excel membuat jadual dan mentafsir jadual akan lebih mudah dan cepat.

Untuk minggu terakhir ini, Cik Mazalah telah menunujukan kepada kami cara untuk membuat jadual dan cara mentafsir serta menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam Microsoft Office Excel.  Dengan menggunakan Microsoft Office Excel dapat menjumlahkan angka dengan menggunakan Auto Sum.


Selain itu juga, dengan menggunakan Microsoft Office Excel juga kita dapat menyusung markah dengan pelbagai cara yang dikehendaki seperti markah yang paling tinggi ke markah yang rendah dan markah rendah ke markah tinggi


 Untuk menyusun markah yang tinggi kepada markah rendah kita boleh klip AZ dan untuk markah yang paling rendah kepada yang paling tinggi  kita boleh klip ZA. Fungsi lain Microsoft Office Excel juga ialah bagaimana cara untuk mencari markah yang Tertinggi, yang terendah, purata markah,titik tengah, dan markah sama.Untuk mencari semua ini kita boleh menggunakan  Insert Function


 Selepas kilp Insert Function akan keluar satu ruangan seperti dibawah ini. Oleh itu kita bolehlah mencari apa markah yang kita hendak dapat dengan menggunakan menetapkan markah yang hendak dicari di select a funtion.Formula untuk mencari markah yang diingini:
                   1. Max untuk markah teringgi
                   2. Min untuk markah terendah
                   3. Average untuk purata markah
                   4. STDEU untuk sisih
                   5. Mediun untuk titik tengah
                   6. Mod untuk markah yang sama



 Selain itu juga, dengan menggunakan Microsoft Office Excel juga, kita dapat tafsirkan jadual yang kita buat kepada carta pai ,bar, graf dan pelbagai lagi. Untuk menukar jadual kepada graf kita boleh menggunakan insert dan klip pada apa yang kita mahu seperti bar, pai, column, line dan pelbagai lagi.


 Pelbagai lagi kemudahan yang  terdapat dalam Microsoft Office Excel.


Untuk kelas komputer pada petang ini, hanya ini saja yang dapat saya kongsikan bersama. Di dalam blog terakhir ini juga saya ingin menyucapkan jutaan terima kasih kepada Cik Mazalah kerana sudi menujuk ajar dan melayang karenah saya dan rakan-rakan sepajang kelas komputer ini. Melalui kelas komputer inijuga saya dapat bayak pengetahuan dan pengalaman baru. Antara pengalaman dan pengetahuan yang saya perolehi selama berda dalam kelas ini sepanjang 14 minggu ialah saya dapat belajar membuat blog, belajar mengunakan yahoo group, Belajar tentang gmail dan mengunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalamnya, belajar tentang dropbox dan pelbagai lagi. Selain itu juga tidak lupa kepada pensyarah-pensyarah lain yang turut terlibat iaitu seperti Dr. siti dan lain -lain. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan -rakan yang yang dikasihi kerana telah banyak menbantu saya sepanjang berada dalam kelas ini.  

Sekian terima kasih...

Monday 10 December 2012

Refleksi Minggu Ke13 Kelas Komputer Dalam Pendidikan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Syukur kepadaNya kerana minggu  ini saya masih lagi diberi kesempatan untuk berkongsi pengalaman didalam kelas komputer untuk minggu ini.

Untuk minggu ini, Cik Mazalah telah memberi banyak tugasan yang perlu dilakukan oleh kami. Tugasan yang perlu dilakukan untuk minggu ini ialah menggunakan Google drive untuk membuat satu slide show berkaitan dengan tajuk yang kami dapat sebelum ini.  Manakala tugasan yang kedua perlu kami lakuka minggu ini ialah  dengan menggunakan microsoft office powerpoint kami perlu membuat slide show berkaitan dengan tajuk yang kami dapat sebelum ini,  dan tugasan yang ketiga yang perlu kami lakukan ialah membuat satu slide untuk memanparkan semua tajuk yang kami belajar selama 14 mingggu dan setiap tajuk perlu di Link.

Tugasan pertama:
Membuat slide dengan menggunakan Goole Drive:
1. Langkah pertama ialah masuk laman web Google Drive dan klip, selepas itu  akan keluar satu page seperti dibawah ini. Selepas keluar page dibawah, kilp di Create.

2. Selepas kilp create akan keluar page seperti dibawah ini dan kita perlu perlu klip prensation 

3. Selepas klip presentation akan keluar satu page untuk kita menaip. Selepas itu kita boleh menaip berdasarkan apa yang patut berkaitan dengan tajuk yang kita dapat pada slide tersebut.



Tugasan kedua:
Membuat slide dengan menggunakan Microsoft Office Powerpoint.

1. Langakah pertama ialah kita perlu klip pada Microsoft Office Powerpoint.

2.Selepas klip pada Microsoft Office Powerpoint akan keluar satu page untuk kita menaip, dan selepas itu kita boleh menaip apa yang kita hendak taip.



Tugasan ketiga yang perlu saya lakukan untuk minggu ini ialah dengan menggunakan Microsoft Office Powerpoint. Saya perlu menaip setiap tajuk yang saya belajar selama 14 minggu dan menbuat link pada setiap tajuk tersebut.  Tujuan menbuat link pada setiap tajuk tersebut adalah untuk memudahkan penyemakan tentang kerja yang saya buat selama ini oleh pensyarah.

Untuk minggu ke13, ini saja yang dapat saya kongsikan selama berada dua jam didalam kelas tersebut. Sekian terima kasih.  (kepayahan dan kerumitan pelajaran  dalam kelas ini memberi satu pengalaman dan pengajaran yang bernilai buat diri yang buta tentang teknologi komputer)

Monday 3 December 2012

Refleksi Minggu Ke12 Kelas Komputer Dalam Pendidikan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk minggu ini di dalam kelas komputer dalam pendidikan, saya ingin kongsikan pengalaman saya sepangjang berada di dalam kelas tersebut pada petang ini. Pelajaran untuk hari hari masih lagi kesinambungan daripada pelajaran minggu lepas iaitu berkaitan dengan membuat laporan tentang grafik 2D.Untuk minggu ini, Cik Mazalah menyuruh kami menyiapkan tugasan ini kerana ada diantara kumpulan didalam kelas kami yang masih belum menyiapkan tugasan yang diberikan ini. Laporan ini haruslah disiap sebelum cuti ulangkaji peperiksaan akhir semesta.

Selain itu.  Untuk minggu ini juga, tugasan baru yang perlu saya lakukan juga ialah berkaitan dengan membuat brochures dan reports. Tajuk bagi membuat brochures dan report ini haruslah mengikuti apa tajuk yang kami dapat sebelum ini. Tajuk brochures dan report yang saya harus lakukan untuk minggu ini ialah Open Source Software.  Berdasarkan daripada apa yang telah saya belajar dan kaji tentang open source Software, saya haruslah membuat satu brochures berkaitan dengan tajuk ini.

Cara menbuat brochures:

  • Pertama sekali untuk menbuat brochures, kita harus kilp microsoft office publisher:

  • Kedua, selepas klip pada microsoft publisher akan keluar page yang seperti dibawah ini.  Selepas keluar page seperti di bawah ini, kita perlu klip pada brochures.



  • Ketiga, selepas kilp di brochures akan keluar page seperti dibawah ini. Untuk page ini kita boleh pilih untuk klip yang mana satu yang kita suka untuk membuat brochures kita dan kita taip apa yang perlu t pada ruangan yang telah disediakan.



  • Selepas keluar page ini kita hanya perlu kilp pada salah satu brochures yang kita suka dan taip apa matlumat yang perlu pada brochures tersebut.contoh brochures yang belum ditaip.




Cara menbuat reports:

Untuk minggu ini juga, Saya akan menunjukkan cara membuat reports menggunakan microsoft office. Untuk membuat reports menggunakan microsoft office kita perlu klip pada microsof office seperti biasa, Selepas kita masuk microsoft office kita perlu klip pada office button dan akan keluar satu page seperti di bawah ini.



  • Selepas keluar page ini, kita perlu klip pada New dan akan keluar satu page lain seperti dibawah ini ,selepas itu kita perlu klip pada perkataan report di ruangan sebelah kiri.



  • Selepas klip pada report akan keluar satu lagi page lain, disini kita harus klip pada perkataan Academic popersond dan selepas itu akan keluar lagi page lain dan kita perlu klip pada APA Paper Format dan akan keluar satu ruangan untuk menaip reports berserta dengan arahan.


Untuk minggu ini. Ini saja yang dapat saya kongsikan bersama sepangjang berada 2 jam didalam kelas tersebut. Sekian terima kasih.