Wednesday 19 December 2012

Refleksi Minggu Ke14 Didalam Kelas Komputer Dalam Komputer

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Minggu ini merupakan minggu ke14 didalam kelas komputer. Minggu ini juga merupakan minggu terakhir bagi kelas komputer dalam pendidikan. Betapa cepatnya masa berlalu tanpa disedari untuk semesta ini sudah  sampai keakhir pengajian. Jika mula-mula dulu saya merasakan tempoh 14 minggu terlalu lama, namun kini baru saya sedar betapa singkat masa itu.

Untuk minggu ini, tugasan yang perlu dilakukan didalam kelas komputer dalam pendidikan adalah berkaitan dengan membuat jadual markah peperiksaan murid-murid dengan menggunakan Microsoft Office Excel. Dengan menggunakan Microsoft Office Excel membuat jadual dan mentafsir jadual akan lebih mudah dan cepat.

Untuk minggu terakhir ini, Cik Mazalah telah menunujukan kepada kami cara untuk membuat jadual dan cara mentafsir serta menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam Microsoft Office Excel.  Dengan menggunakan Microsoft Office Excel dapat menjumlahkan angka dengan menggunakan Auto Sum.


Selain itu juga, dengan menggunakan Microsoft Office Excel juga kita dapat menyusung markah dengan pelbagai cara yang dikehendaki seperti markah yang paling tinggi ke markah yang rendah dan markah rendah ke markah tinggi


 Untuk menyusun markah yang tinggi kepada markah rendah kita boleh klip AZ dan untuk markah yang paling rendah kepada yang paling tinggi  kita boleh klip ZA. Fungsi lain Microsoft Office Excel juga ialah bagaimana cara untuk mencari markah yang Tertinggi, yang terendah, purata markah,titik tengah, dan markah sama.Untuk mencari semua ini kita boleh menggunakan  Insert Function


 Selepas kilp Insert Function akan keluar satu ruangan seperti dibawah ini. Oleh itu kita bolehlah mencari apa markah yang kita hendak dapat dengan menggunakan menetapkan markah yang hendak dicari di select a funtion.Formula untuk mencari markah yang diingini:
                   1. Max untuk markah teringgi
                   2. Min untuk markah terendah
                   3. Average untuk purata markah
                   4. STDEU untuk sisih
                   5. Mediun untuk titik tengah
                   6. Mod untuk markah yang sama



 Selain itu juga, dengan menggunakan Microsoft Office Excel juga, kita dapat tafsirkan jadual yang kita buat kepada carta pai ,bar, graf dan pelbagai lagi. Untuk menukar jadual kepada graf kita boleh menggunakan insert dan klip pada apa yang kita mahu seperti bar, pai, column, line dan pelbagai lagi.


 Pelbagai lagi kemudahan yang  terdapat dalam Microsoft Office Excel.


Untuk kelas komputer pada petang ini, hanya ini saja yang dapat saya kongsikan bersama. Di dalam blog terakhir ini juga saya ingin menyucapkan jutaan terima kasih kepada Cik Mazalah kerana sudi menujuk ajar dan melayang karenah saya dan rakan-rakan sepajang kelas komputer ini. Melalui kelas komputer inijuga saya dapat bayak pengetahuan dan pengalaman baru. Antara pengalaman dan pengetahuan yang saya perolehi selama berda dalam kelas ini sepanjang 14 minggu ialah saya dapat belajar membuat blog, belajar mengunakan yahoo group, Belajar tentang gmail dan mengunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalamnya, belajar tentang dropbox dan pelbagai lagi. Selain itu juga tidak lupa kepada pensyarah-pensyarah lain yang turut terlibat iaitu seperti Dr. siti dan lain -lain. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan -rakan yang yang dikasihi kerana telah banyak menbantu saya sepanjang berada dalam kelas ini.  

Sekian terima kasih...

No comments:

Post a Comment