Thursday 29 November 2012

Refleksi Minggu Ke11 Kelas Komputer Dalam Pendidikan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk minggu ini didalam kelas komputer dalam pendidikan, saya ingin kongsikan pengalaman saya sepanjang berada dalam kelas tersebut untuk petang ini. Untuk kelas pada petang ini saya dan rakan-rakan telah belajar tentang apa itu multimedia dan contoh- contoh multimedia.

Untuk minggu ini, Cik Mazalah telah menbahagikan kami kepada beberapa kumpulan, iaitu satu kumpulan mempunyai empat orang ahli. Kumpulan saya untuk kelas komputer pada petang ini ialah kumpulan satu. Untuk kumpulan satu saya telah dipilih untuk menjadi ketua kepada kumpulan ini.  Kumpulan saya terdiri daripada  dua lelaki dan dua perempuan. Tujuan Cik Mazalah menbahagikan kami kepada beberapa kumpulan adalah untuk adalah untuk memudahkan kami melakukan tugasan yang diberikannya dan disamping itu juga bertujuan untuk melihat nilai kerjasama diantara kami semua sebagai satu kumpulan.


Untuk petang ini, Cik Mazalah telah memberi kepada kami beberapa tugasan yang tajuknya berbeza- beza. Walau bagaimana tajuknya masih terletak dibawah tajuk asasnya untuk pelajaran pada petang ini iaitu berkaitan dengan multimedia. Kumpulan saya telah mendapat tajuk berkaitan dengan grafik 2D. Tugasan yang perlu kami lakukan berkaitan dengan tajuk yang kami dapat ialah kami perlu mencari maklumat berkaitan dengan grafik 2D dan membuat laporan berkaitan dengan tajuk ini.

Antara maklumat yang kami perlu cari untuk tajuk grafik 2D ialah :



  • Apakah grafik 2D.
  • Apakah perbezaan antara grafik 2D dan 3D.
  • Jenis grafik 2D iaitu bitmap dan vector.
  • Apakah perbezaan diantara kedua-duanya.
  • Apakah perisian penyunting grafik.
  • Bagaimana menggunakan perisian tersebut.

  Contoh  grafik 2D                                                                                                                                              


















  Contoh grafik 3D
















Untuk petang ini, hanya ini saja tugasan yang kami dapat.  Tugasan ini perlu diselesaikan sebelum 2.11.2012.
Ini saja yang dapat saya kongsikan sepanjang berada didalam kelas pada petang ini.  sekian terima kasih.

Monday 19 November 2012

Refleksi Minggu Ke10 Kelas komputer Dalam Pendidikan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Untuk minggu ke10 didalam kelas komputer dalam pendidikan. Cik Mazalah telah menyuruh kami melakukan satu lagi tugasan. Tugasan yang perlu kami lakukan untuk minggu ini ialah berkaitan dengan dropbox.  Encik Mazalah memberitahu kepada group kelas kami supaya create akaun dropbox bagi pelajar yang belum ada dropbox.  Tujuan Cik Mazalah menyuruh kami membuat akaun dropbox adalah untuk menyimpan matlumat atau fail kami kedalam dropbox.

Untuk minggu ini juga, kami disuruh membuat satu nota atau laporan yang berkaitan dengan dropbox.  Antara  benda yang perlu ada dalam nota tersebut ialah:


  • Apakah maksud dropbop?
  • Apakah kemudahan yang ada dalam dropbox.
  • Bagaimana hendak menggunakan dropbox.
Setelah kami selesai membuat nota berkaitan dengan dropbox.  Kami haruslah memasukkan nota kami kedalam dropbox dan berkongsi nota tersebut dengan kawan-kawan.

Cara berkongsi file dalam dropbox dengan kawan-kawan.

  • Langkah pertama ialah memasukan file yang kita hendak simpan kedalam dropbox iaitu dengan cara mencopy file yang hendak disimpan ke dalam akuan dropbox.




  •  Selepas kita menyimpan file kita kedalam dropbox. Kita boleh right klip pada file tersebut didalam dropbox dan dan klip pada share link dan akan keluar satu ruangan yang  menyuruh kita masukan email orang yang kita hendak kongsi fail atau maklumat tersebut.  contoh ruangan tersebut adalah seperti dibawah.
  • Selepas memasukkan email pada ruangan yang diatas. Untuk ruangan dibawah kita boleh menulis mesej.
  • Selepas selesai menaip semua itu, kita hanya perlu klip pada share folder untuk berkongsi file atau maklumat kita.

Tugasan pada minggu ke10 dalam kelas komputer hanya berkaitan dengan dropbox sahaja. Untuk minggu ini kami mengetahui secara lebih mendalam tentang penggunaan dropbox.  Hanya ini sahaja yang dapat dikongsi  untuk minggu ke10 didalam kelas komputer. Sekian terima kasih.


Tuesday 6 November 2012

Refleksi Minggu Ke9 Kelas Komputer Dalam Pendidikan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana dengan izinNYA saya masih diberi kesempatan untuk menaip blog bagi minggu yang kesembilan.  Tugasan bagi minggu kesembilan masih lagi sama dengan minggu kelapan iaitu berkaitan dengan memasukan data soal selidik  kedalam SPSS.Tujuan data dimasuk kedalam SPSS adalah untuk menganalisis data tersebut. 


Cara menganalisis data daripada dapatan soal selidik mengunakan SPSS:


  • Selepas data siap diisikan didalam SPSS.Untuk menganalisis data kita mesti pergi ke analyze dan klip descriptive statistics dan lagi klip lagi descriptives.





  • Selepas itu akan keluar page seperti dibawah,dan klip pada petak yang bertanda anak panah. Tujuan klip pada tanda anak panah adalah untuk memindahkan data dari petak sebelah kiri ke sebelah kanan. Selepas itu kita boleh klip samaada pada statistics,charts,format atau bootstrap bagi menukarkan data yang kita masuk SPSS kedalam bentuk jadual,graf bar,carta pai dan pelbagai lagi.





  • Contoh data yang diisi dalam SPSS yang telah ditukarkan kepada jadual:



  


  • Contoh data yang diisi dalam SPSS yang telah ditukar kepada cartai paI;





Selepas segala data yang kami isi dalam SPSS telah dianalisis dan ditukarkan kedalam bentuk jadual,cartai pai dan graf bar.Cik Mazalah telah menyuruh kami menbuat laporan berkaitan dengan analisis yang kami dapat dan memasukkan laporan tersebut kedalam yahoo group kami sendiri.Tugasan ini haruslah dilakukan secara perbincangan dengan pasangan kumpulan.Antara perkara yang mesti ada dalam laporan ialah tajuk,latar belakang,objektif kajian yang kami lakukan,dapatan kajian serta rumusan.

Untuk minggu kesembilan itu saja tugasan yang diberikan kepada kami.tugasan itu mesti disiapkan dalam cuti pertengahan pesan Cik Mazalah kepada kami.Itu saja cerita yang dapat saya kongsikan bersama untuk minggu kesembilan didalam kelas komputer,sekian terima kasih.