Thursday 29 November 2012

Refleksi Minggu Ke11 Kelas Komputer Dalam Pendidikan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk minggu ini didalam kelas komputer dalam pendidikan, saya ingin kongsikan pengalaman saya sepanjang berada dalam kelas tersebut untuk petang ini. Untuk kelas pada petang ini saya dan rakan-rakan telah belajar tentang apa itu multimedia dan contoh- contoh multimedia.

Untuk minggu ini, Cik Mazalah telah menbahagikan kami kepada beberapa kumpulan, iaitu satu kumpulan mempunyai empat orang ahli. Kumpulan saya untuk kelas komputer pada petang ini ialah kumpulan satu. Untuk kumpulan satu saya telah dipilih untuk menjadi ketua kepada kumpulan ini.  Kumpulan saya terdiri daripada  dua lelaki dan dua perempuan. Tujuan Cik Mazalah menbahagikan kami kepada beberapa kumpulan adalah untuk adalah untuk memudahkan kami melakukan tugasan yang diberikannya dan disamping itu juga bertujuan untuk melihat nilai kerjasama diantara kami semua sebagai satu kumpulan.


Untuk petang ini, Cik Mazalah telah memberi kepada kami beberapa tugasan yang tajuknya berbeza- beza. Walau bagaimana tajuknya masih terletak dibawah tajuk asasnya untuk pelajaran pada petang ini iaitu berkaitan dengan multimedia. Kumpulan saya telah mendapat tajuk berkaitan dengan grafik 2D. Tugasan yang perlu kami lakukan berkaitan dengan tajuk yang kami dapat ialah kami perlu mencari maklumat berkaitan dengan grafik 2D dan membuat laporan berkaitan dengan tajuk ini.

Antara maklumat yang kami perlu cari untuk tajuk grafik 2D ialah :



  • Apakah grafik 2D.
  • Apakah perbezaan antara grafik 2D dan 3D.
  • Jenis grafik 2D iaitu bitmap dan vector.
  • Apakah perbezaan diantara kedua-duanya.
  • Apakah perisian penyunting grafik.
  • Bagaimana menggunakan perisian tersebut.

  Contoh  grafik 2D                                                                                                                                              


















  Contoh grafik 3D
















Untuk petang ini, hanya ini saja tugasan yang kami dapat.  Tugasan ini perlu diselesaikan sebelum 2.11.2012.
Ini saja yang dapat saya kongsikan sepanjang berada didalam kelas pada petang ini.  sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment