Friday 28 September 2012

Pengalaman Pertama Menjejak Kaki Ke Universiti

Setiap insan pasti merasa bangga dan gembira apabila dapat menjejak kaki ke universiti buat kali pertama. Tetapi bagi saya ia adalah sesuatu yang kurang mengembirakan hati saya, kali pertama menjejak kaki ke Universiti Kebangsaan Malaysia langkah saya berasa berat dan tidak bermaya,semua ini berpunca disebab saya terpaksa meninggal pelbagai jenis rutin hidupan harian saya sebelum ini seperti lepak dengan kawan- kawan rapat yang telah lama saya kenal,pergi memancing ikan bersama-sama dan pelbagai lagi  aktiviti yang kami lakukan bersama-sama.Selain faktor itu juga,yang menyebabkan saya tidak tidak gembira adalah kerana terpaksa berpisah dan berada jauh daripada kedua ibu bapa saya,sedangkan selama ini saya tidak pernah berada jauh daripada mereka, kesemua hal ini telah mengganggu fikiran saya dan menyebabkan saya berasa berat untuk masuk ke universiti.






Hari pertama pendaftaran universiti saya di hantar oleh bapa saya ke tempat pendaftaran , tempat pendaftaran tersebut ialah di Kolej Rahim Kajai.selepas pendataftaran saya keluar untuk makan dengan bapa saya di kedai berdekatan dengan kolej tersebut .  Selepas selesai makan, bapa saya menghantar saya semula ke ke asrama kolej dengan membawa barangan keperluan untuk tinggal di asrama.Setelah sampai di bilik asrama blok K16B312, bapa saya mengankat barangan yang dibawa ke dalam bilik dan tolong menyimpan barangan tersebut ke dalam almari yang disediakan. Setelah siap mengemas barangan yang dibawa,suasana sedih mula menyelubungi kami berdua,bapa saya menberitahu bahawa dia dah hendak berangkat balik,dan dia juga menyampai pesanan supaya belajar bersungguh-sungguh dan kalau memerlukan apa-apa supaya telefon dia sambil memeluk dan mencuim saya, disini juga buat kali pertamanya saya dapat melihat air mata bapa saya bercucuran sepanjang hidup saya.




Setelah bapa saya bertolak balik, saya mengelamun keseorangan diri didalam bilik asrama dan pelbagai persoalan menganggu fikiran saya. Sedang asyik mengelamun tiba-tiba saya terdengar orang memberi salam,orang tersebut ialah rakan sebilik saya iaitu Muhd Musa iaitu bekas pelajar matrikulasi.Sedang saya berkenalan dengan Muhd Musa tiba-tiba datang seorang lagi memberi salam sambil menghulur tangan kepada kami dan memberitahu namanya muhamad farham.Itulah kawan pertama saya semasa hari pertama di kolej.Selepas satu minggu di kolej saya dapat menyesuaikan diri dan mendapat ramai kawan daripada pelbagai negeri dan apa yang mengaggu fikiran saya akhirnya lenyap begitu saja. Kini saya berasa gembira kerana mendapat ramai rakan dari pelbagai negeri dan juga bergelar seorang mahasiswa.Bietul kata orag tua-tua tak kenal maka tak cinta.


Thursday 20 September 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu 1 dan 2 Komputer Dalam Pendidikan




Assalamualaikum dan salam sejahtera 
Saya Muhamad Nasiruddin B.Husain  merupakan pelajar tahun satu di Universiti Kebangsaan Malaysia bagi sesi tahun 2012/2013.Saya dari falkuti pendidikan dalam program Ijazah Sarjana Muda Sukan dan Rekreasi..Sepanjang minggu pertama dan kedua kuliah bagi kursus komputer dalam pendidikan, pelbagai pengalaman yang saya perolehi,disini saya ingin berkongsi  pengalaman saya sepanjang minggu kuliah tersebut.
Secara keseluruhannya pada minggu pertama kuliah bagi kursus komputer dalam pendidikan saya telah bertemu dengan DR.Siti Fatimah Binti Mohd Yassin yang merupakan pensyarah  kuliah bagi kursus komputer dalam pendidikan .sepanjang perjumpaan tersebut ,DR.Siti telah menberi serba sedikit taklimat dan maklumat berkaitan dengan kursus yang saya ambil.
Bagi kuliah minggu kedua pula,saya telah mendapat banyak pengalaman  baru berkaitan dengan penggunaan komputer dalam pelajaran.Pada kuliah minggu kedua ini, saya  dan rakan falkuti pendidikan telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan iaitu kumpulan 1,2,3,4 dan 5,dalam pembahagian kumpulan untuk kursus komputer dalam pendidikan,saya telah ditempatkan dalam kumpulan 1.Dalam kumpulan satu inilah  telah berjumpa dengan seorang lagi pensyarah yang mengajar kursus komputer  dalam pendidikan,belia ialah Cik Mazalah Binti Ahmad yang merupakan pensyarah bagi tutorial kelas saya.Sepanjang tutorial dengan Cik Mazalah Binti Ahmad ini ,saya telah mendapat pelbagai pengalaman dan pembalajaran yang baru.Saya dan rakan-rakan telah diajar oleh Cik Mazalah bagaimana untuk mendaftar e-mel,yahoo group,gmail,facebook  dan blog.
Sepanjang pembelajaran minggu pertama dan kedua didalam kursus komputer dalam pendidikan ini.saya telah mendapat banyak pengalaman yang baru berkaitan dengan fungsi komputer ,sebelum ini, bagi saya  komputer hanyalah  untuk hiburan semata mata,tetapi melalui  kursus  komputer dalam pendidikan telah membuka mata saya bahawa fungsi komputer juga boleh digunakan untuk menuntut ilmu dan menambahkan ilmu pengetahuan.sekian terima kasih