Thursday, 20 September 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu 1 dan 2 Komputer Dalam Pendidikan




Assalamualaikum dan salam sejahtera 
Saya Muhamad Nasiruddin B.Husain  merupakan pelajar tahun satu di Universiti Kebangsaan Malaysia bagi sesi tahun 2012/2013.Saya dari falkuti pendidikan dalam program Ijazah Sarjana Muda Sukan dan Rekreasi..Sepanjang minggu pertama dan kedua kuliah bagi kursus komputer dalam pendidikan, pelbagai pengalaman yang saya perolehi,disini saya ingin berkongsi  pengalaman saya sepanjang minggu kuliah tersebut.
Secara keseluruhannya pada minggu pertama kuliah bagi kursus komputer dalam pendidikan saya telah bertemu dengan DR.Siti Fatimah Binti Mohd Yassin yang merupakan pensyarah  kuliah bagi kursus komputer dalam pendidikan .sepanjang perjumpaan tersebut ,DR.Siti telah menberi serba sedikit taklimat dan maklumat berkaitan dengan kursus yang saya ambil.
Bagi kuliah minggu kedua pula,saya telah mendapat banyak pengalaman  baru berkaitan dengan penggunaan komputer dalam pelajaran.Pada kuliah minggu kedua ini, saya  dan rakan falkuti pendidikan telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan iaitu kumpulan 1,2,3,4 dan 5,dalam pembahagian kumpulan untuk kursus komputer dalam pendidikan,saya telah ditempatkan dalam kumpulan 1.Dalam kumpulan satu inilah  telah berjumpa dengan seorang lagi pensyarah yang mengajar kursus komputer  dalam pendidikan,belia ialah Cik Mazalah Binti Ahmad yang merupakan pensyarah bagi tutorial kelas saya.Sepanjang tutorial dengan Cik Mazalah Binti Ahmad ini ,saya telah mendapat pelbagai pengalaman dan pembalajaran yang baru.Saya dan rakan-rakan telah diajar oleh Cik Mazalah bagaimana untuk mendaftar e-mel,yahoo group,gmail,facebook  dan blog.
Sepanjang pembelajaran minggu pertama dan kedua didalam kursus komputer dalam pendidikan ini.saya telah mendapat banyak pengalaman yang baru berkaitan dengan fungsi komputer ,sebelum ini, bagi saya  komputer hanyalah  untuk hiburan semata mata,tetapi melalui  kursus  komputer dalam pendidikan telah membuka mata saya bahawa fungsi komputer juga boleh digunakan untuk menuntut ilmu dan menambahkan ilmu pengetahuan.sekian terima kasih

No comments:

Post a Comment