Friday, 19 October 2012

Refleksi Minggu Ke6 di Dalam Komputer Dalam Pendidikan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Syukur alhamdulillah diungkapkan ke hadrat Ilahi kerana limpah kurnia dan inayatNYA, saya masih lagi diberi peluang dan kesempatan untuk mengemas kini blog saya bagi minggu keenam ini dan berkongsi pengalaman di dalam kelas komputer.




Bagi minggu keenam di dalam kelas komputer, saya ingin berkongsi cerita tentang tugasan yang diberikan kepada saya.  Tugasan untuk minggu keenam didalam kelas komputer adalah berkaitan dengan topik perisian sumber terbuka(open source software).  Tugasan ini sepatut diselesaikan pada minggu kelima lagi.  Namun begitu, kebanyakan pelajar tidak dapat menyelesaikan tugasan tersebut pada minggu kelima atas masalah-masalah tertentu yang tidak dapat dielakkan.

Untuk menyiapkan tugasan minggu kelima yang diberikan, saya terlebih dahulu perlu mencari bahan bacaan berkaitan dengan topik yang saya perolehi iaitu perisian sumber terbuka, dan saya saya perlu membaca serta memahami dengan mendalam topik berkenaan.  Setelah saya membaca bahan bacaan yang berkaitan dengan topik yang saya perolehi melalui internet , barulah saya mengerti mengenai perisian sumber terbuka, kelebihan penggunaannya, bila perisian sumber terbuka dibentuk, dan contoh perisian sumber terbuka.  Kini, saya telah mengetahui bahawa aplikasi Mozilla Firefox adalah salah satu contoh perisian sumber terbuka.  Selama ini saya hanya tahu mengunakan Mozilla Firefox  untuk mencari maklumat apabila mengakses internet tanpa mengetahui bahawa Mozilla Firefox merupakan salah satu perisian sumber terbuka.  Selain daripada Mozilla Firefox, contoh lain perisian sumber terbuka juga ialah Apache,Linux,Joomla,7-zip,Mozilla Thunderbird dan pelbagai lagi.







              











Setelah saya membaca dan memahami maklumat tentang perisian sumber terbuka, saya perlu membuat satu laporan yang berkaitan dengan topik tersebut dan memasukannya kedalam yahoo group.Selain itu ,saya juga perlu berbincang mengenai topik tersebut bersama pasangan tugasan saya didalam facebook group untuk memahaminya dengan lebih lanjut dan mendalam.


Selain daripada melakukan tugasan untuk minggu kelima juga, Cik Mazalah turut memberi tugasan baru yang harus dilakukan untuk minggu keenam berkaitan dengan topik perisian sumber terbuka,iaitu dimana kami harus membuat sepuluh soalan yang berkaitan dengan tajuk tersebut dengan mengunakan perisian surveymonkey.Antara langkah yang diperlukan untuk membuat soalan dengan mengunakan surveymonkey:





1 .Mula-mula perlu sign in web www.surveymonkey.com.

2 .Selepas sign in akaun servey monkey.
3. kita perlu taip soalan berkaitan dengan tajuk yang dapat berserta pilihan jawapan.
4.selepas siap taip kita boleh hantar soalan survey melalui  pelbagai cara,antaranya
    facebook  dan email.

Pada petang itu, kelas Komputer dalam Pendidikan tamat pada jam 7.10 minit petang dan menghampiri waktu Maghrib. Saya sekali lagi terpaksa pulang ke kolej dengan hanya berjalan kaki, ekoran ketiadaan bas pada petang itu.  Perjalan pulang pada petang itu amat meletihkan dan menyebabkan badan saya menjadi lesu.  Bermula dari situ, barulah saya mengerti kata-kata yang diungkap oleh orang-orang tua zaman dahulu, "Bukan senang nak menjadi mudah, dan bukan payah hendak menjadi susah". Sepanjang dua jam di dalam kelas komputer, itulah pengalaman yang saya dapat kongsikan bersama anda sekalian.  Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment