Berjumpa kita lagi dalam coretan saya yang seterusnya untuk minggu kelima di dalam kelas komputer .Untuk minggu kelima didalam kelas komputer saya masih lagi akan berkongsi cerita dan pengalaman saya sepanjang dua jam didalam kelas tersebut.
Untuk minggu kelima,terdapat banyak pengalaman yang ingin saya kongsikan bersama.Antara pengalaman yang ingin saya kongsikan ialah pengalaman pertama kali saya berjalan kaki ke fakulti pendidikan.Ia merupakan satu pengalaman yang baru dan mencabar buat diri saya iaitu dimana saya terpaksa berjalan dari Kolej Rahim Kajai ke Fakulti Pendidikan untuk menghadiri kelas komputer yang diadakan pada petang tersebut.Perjalanan itu mengambil masa lebih kurang tiga puluh minit.Punca yang menyebabkan saya terpaksa berjalan kaki pada petang itu adalah kerana ketiadaan bas .Itulah kali pertama saya berjalan kaki untuk pergi ke fakulti dan merupakan sesuatu yang memenatkan.Tetapi apabila dikenang kembali ia membuatkan saya tersenyum bersendirian.Pada petang itu, saya sampai ke fakulti lewat sedikit dari kebiasaannya iaitu lebih kurang pukul 5.15 petang dalam keadaan berpeluh dan kehausan.
Tugasan yang perlu dibuat pada petang itu didalam kelas komputer adalah masih lagi sama dengan minggu sebelumnya iaitu kami masih lagi disuruh menyiapkan tugasan untuk minggu sebelumnya.Selain itu juga,tugasan bagi minggu kelima yang perlu kami lakukan juga adalah berkaitan dengan tugasan berpasangan .Bagi memudahkan urusan tugasan berpasangan yang diberi kepada kami , Cik Mazalah telah mengajar kami bagaimana cara untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan tugasan yang diberi kepada kami supaya tugasan dapat diselesaikan dengan sempurna .Untuk memudah kami mencari maklumat yang berkaitan dengan tugasan, Cik Mazalah telah mengajar kami cara mencari maklumat dengan menggunakan mesin carian maklumat menggunakan internet.Hal ini mungkin merupakan perkara biasa bagi pelajar sudah mahir dengan penggunaan internet,tetapi bagi saya ini merupakan satu pengalaman yang baru bagi diri saya.kebiasaannya untuk mencari maklumat dengan menggunakan internet saya hanya tahu menggunakan google,tetapi pada petang itu Cik Mazalah telah memperkenalkan kepada saya yang buta ICT dengan mesin pencarian maklumat yang baru iaitu seperti google schoolar dan google book.Dengan mengunakan mesin pencarian maklumat yang baru, setiap maklumat lebih mudah dijumpai dan ini memudahkan saya dalam menyiapkan tugasan yang diberi.
Untuk minggu kelima didalam kelas komputer juga saya telah belajar bagaimana cara untuk invite individu lain,Tujuan invite individu lain adalah membuat individu lain menyertai yahoogroup kepunyaan saya .Saya telah invite beberapa individu iaitu DR.Siti,Cik Mazalah,Muhamad Akmal, Syafiq dan Adil fakri.Untuk minggu kelima juga saya cuba menghantar tugasan yang saya lakukan pada minggu lepas iaitu berkaitan dengan topik Learning Management System(CMS/LMS).Saya sangkakan tugasan saya yang berkaitan dengan topik CMS sudah selesai pada minggu sebelumnya, tetapi ternyata tidak juga selesai. Untuk menyelesaikan tugasan minggu keempat ternyata memeningkan kepala.,hal ini kerana saya tidak tahu bagaimana untuk menghantar tugasan ini menggunakan google doc.Tetapi Alhamdulillah selepas saya bertanya kepada kawan-kawan akhir tugasan itu dapat juga diselesaikan dan dihantar.
Setakat ini sahaja coretan yang saya dapat kongsikan bersama-sama bagi minggu kelima di dalam kelas komputer dalam pendidikan.sekian terima kasih.


No comments:
Post a Comment