Bersyukur kepada tuhan kerana kerana dengan nikmat dan rahmatNYA
kita semua masih diberi kesempatan untuk menumpang diatas bumi
ciptaanNYA dan masih lagi dapat menikmati
rahmatNYA.Pejam celik,pejam celik ,rupanya- rupanya saya sudah berada di
Universiti Kebangsaan Malaysia sudah genap satu bulan,betapa pantasnya masa berlalu.Seperti biasa cerita saya
didalam blog untuk minggu keempat didalam kelas komputer dalam pendidikan masih lagi berkaitan dengan pengalaman dan
tugasan didalam kelas tersebut.
Untuk minggu keempat ini,kumpulan kami iaitu kumpulan satu
masih lagi bergabung dengan kumpulan dua.Kelas kami masih lagi di tempat yang
sama untuk minggu keempat ini iaitu makmal komputer tiga.Bagi minggu keempat didalam kelas komputer tiada yang menarik untuk saya ceritakan ,hal
ini kerana pada minggu keempat, pensyarah kami iaitu Cik Mazalah menyuruh kami
menyiapkan tugasan bagi minggu pertama dan minggu kedua iaitu seperti
menyiapkan signature, blog dan pelbagai lagi tugasan yang diberikan sepanjang
minggu pertama dan kedua. Cik Mazalah menyuruh kumpulan kami berbuat hal
demikian kerana ada diantara kami belum menyelesaikan tugasan yang diberikan dengan sempurna.kami
mengucap ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Cik Mazalah
kerana dia dia sanggup pergi ke satu meja
setiap pelajar yang mempunyai masalah dalam menyiap tugasan yang diberi.
Untuk minggu keempat ini ,saya menghadapi sedikit masalah
dalam menyiapkan tugasan yang diberi pada minggu ketiga iaitu berkaitan
Learning Management System(LMS/CMS) atau dalam bahasa melayu dipanggil Sistem
Pengurusan Pembelajaran, masalah ini berpunca kerana saya tidak faham apa yang
harus saya buat,tetapi Alhamdulillah dengan bantuan dan tunjuk ajar Cik Mazalah akhirnya saya dapat menyiapkan juga
tugasan yang diberikan.Bagi minggu keempat ini baru saya tahu apa itu definisi
learning management system,siapa yang menggunakannya,dan kebaikanya.Selain itu,tugasan untuk minggu keempat juga,Cik Mazalah menyuruh kami mencari maklumat berkaitan dengan tugasan berpasangan yang diberikan minggu sebelum ini.Untuk tugasan berpasangan ini ,saya dengan rakan saya iaitu muhamad akmal telah mencari serba sedikit berkaitan dengan tajuk tugasan yang kami dapat iaitu berkaitan perisian sumber terbuka.Bagi minggu keempat, ini sahaja yang dapat saya kongsikan tentang pengalaman dan tugasan didalam kelas komputer.Sekian terima kasih.

No comments:
Post a Comment